Tips memilih fabrik Sifon, Lace, Shantung Silk & Satin dlm design

Sudah agak lama minikurung tidak mengupdate web. Jadi kali ini kami ingin berkongsi tips tentang kesesuaian fabrik dalam design pemakaian kepada semua. Di minikurung kami memilih 4 jenis fabrik yang selalu kami gunakan di dalam produk-produk kami iaitu lace, sifon, shantung silk dan satin. Kebanyakan pelanggan yang datang menempah di minikurung juga rata-ratanya menggunakan empat jenis kain fabrik yang disebutkan ini. Setiap jenis fabrik ini masing-masing mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Untuk mereka yang ingin mendapatkan baju yang flowy gitu kami sarankan sifon lembut. Sifon lembut juga sangat sesuai untuk mendapatkan kesan berjurai (flowy) terutamanya di bahagian kain khususnya di bahagian bawah.

tips sifon

Untuk mendapatkan rekaan yang eksklusif, lace atau renda digunakan. Terutamanya kepada mereka yang suka dengan detail yang mewah bolehlah meletakkannya ditempat yang menjadi fokus utama di dalam sesuatu rekaan. Sebagai contoh, lace boleh diletakkan di bahagian tertentu atau digabungkan dengan fabrik chiffon lembut sebagai asas untuk mendapatkan rekaan tampak lebih segar dan lembut.

tips lace

Shantung silk pula dipilih kerana sifatnya fabriknya yang  senang membentuk dan terletak. Terutamanya digunakan pada bahagian korset. Permukaan shantung silk yang tidak terlalu kasar dan tidak terlalu berkilat menampilkan ciri-ciri eksklusif dan tampak mewah.

tips shantung silk

Sila hubungi butik minikurung untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang tips fabrik yang sesuai untuk design yang anda inginkan.

There are no comments yet. Be the first and leave a response!

Leave a Reply


Wanting to leave an <em>phasis on your comment?

Trackback URL http://jahitbajukurung.com/tips-fabrik-sifon-lace-shantung-silk-satin/trackback