BAJU PENGANTIN LACE kurung moden online-Malay Cheongsam Fusion

Minikurung memaparkan Baju Kurung Moden yang sangat sesuai dijadikan baju pengantin. Baju pengantin ini adalah traditional fusion ataupon paduan dua ciri tradisional kaum yang terbesar di Malaysia iaitu Melayu dan Cina. Perhatikan leher baju yang di design dan di jahit mengikut pakaian cheongsam moden. Ruangan hadapan leher juga sengaja di buka sehingga ke paras dada. Manik bercorak bunga disusun dan di jahit di sekitar leher bagi menambahkan seri pada bahagian atas baju kurung moden ini.

baju pengantin kurung moden

Bahagian atas baju pengantin ini menggunakan lace dengan lining chiffon kuning bagi menaikkan warna keemasan pada lace tersebut. Full lining chiffon menutupi seluruh tubuh bahagian atas serta tangan untuk menampilkan imej yang lebih sopan. Disekitar hujung bahagian baju dan tangan dikemaskan dengan jahitan manik di atas lace. Perhatikan juga potongan baju ini mengikut bentuk tubuh dan labuhnya sekadar di paras pinggul. Ini bagi menampakkan kesan ketinggian yang lebih pada sipemakainya.

baju pengantin kurung moden top

Baju pengantin kurung moden ini menggunakan 3 pieces wear yang terdiri daripada baju (bahagian atas), kain (bahagian bawah) dan korset (bahagian abdomen). Perhatikan ruangan celahan leher dan dada yang terbuka menampakkan korset yang menggunakan warna sama seperti warna kain. Corset dan kain menggunakan material shantung silk. Warna emas kehijauan dipilih untuk shantung silk ini bagi menampakkan kesan yang lebih drastik dan elegan pada pemakainya.

baju pengantin kurung moden bahagian kain

Design kain pada baju kurung moden ini menggunakan A line dan ditambah seumpama sirip ataupon ”tail” (ekor) pada bahagian belakang. Ini bagi menambahkan lagi kesan ekslusif pada potongan kain A line ini.

Perhatikan juga manik-manik dijahit di sebelah kiri dari bawah kaki menjalar ke bahagian hampir tengah peha. Jahitan manik-manik bunga yang simple dan tidak berat coraknya ini sememangnya memberi impak yang lebih elegan kepada si pengantin.

baju pengantin kurung moden view

Baju pengantin lace berkonsepkan fusion kurung moden, cheongsam ini di design, di jahit dan dikeluarkan oleh butik minikurung dan dibuka untuk jualan. Saiz adalah S sahaja. Sila hubungi mini kurung untuk mendapatkannya atau membuat tempahan gaun pengantin, baju nikah, baju fesyen, baju untuk dinner function atau pon baju yang anda design sendiri. Kami bersedia untuk merealisasikannya. Di mini kurung kami sentiasa mengekalkan kualiti jahitan yang bermutu, kemas dan selesa di pakai.

Artikel ini dipetik dari http://www.minikurung.com

There are no comments yet. Be the first and leave a response!

Leave a Reply


Wanting to leave an <em>phasis on your comment?

Trackback URL http://jahitbajukurung.com/baju-pengantin-lace-kurung-moden-online-cheongsam/trackback