Baju kurung moden french lace manik oriental

Minggu ni masih lagi memaparkan tentang lace. Baju kurung moden lace ini menggunakan french lace yang bermanik tetapi telah disusun supaya tidak terlalu sarat dan hanya menumpukan pada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Perhatikan, manik-manik disusun di bahagian leher dan atas dada, sekitar pergelangan tangan dan hujung labuh baju. Motif lace manik yang tidak terlalu sarat ini sangat sesuai untuk di pakai terutamanya kepada mereka yang memiliki tubuh agak berisi dan gempal.

baju kurung moden lace manik

baju kurung moden lace manik

baju kurung moden lace manik

Keseluruhan baju kurung moden ini memilih tema ala-ala oriental dan jika diperhatikan bahagian leher baju kurung moden ini menggunakan leher cheongsam. Warna asas pastel ungu muda dengan warna-warna manik2 yang seakan2 sama tema, ditambah pula dengan cara susunan semula “lace patch” menguatkan lagi pengaruh oriental yang lembut di dalam baju kurung moden ini.

baju kurung moden lace manik

baju kurung moden lace manik

baju kurung moden lace manik

Minikurung ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Catherine yang memilih minikurung untuk membuat busana makan malam lace ini. Sila hubungi minikurung sekiranya anda ingin merealisasikan keperluan fesyen anda kerana minikurung sedia membantu tidak kira dari segi design, pemilihan fabrik, tailoring, jahitan dan lain-lain.

Artikel ini dipetik dari http://minikurung.com

4 Responses to Baju kurung moden french lace manik oriental
  1. Azah
    April 14, 2011 | 2:44 pm

    Nice n simple cutting! french lace sesuai padankan dgn kain ape? badan sy ni berisi..kain satin/silk sesuai ker?

    • admin
      May 26, 2011 | 11:23 pm

      french lace sesuai dgn satin/silk, jugak chiffon. sesuai kalau kena dengan caranya… :-)

  2. dina
    May 26, 2011 | 10:58 pm

    tempahan utk buat baju kebaya lace masih di terima??bju ni utk majlis pertunangan sy bln 10 2011 nnt..

    • admin
      May 26, 2011 | 11:24 pm

      tempahan terima untuk pertunangan bulan 10. yang tak terima buat masa ini hanya untuk tempahan raya je. terima kasih berminat dengan servis minikurung :-)

Leave a Reply


Wanting to leave an <em>phasis on your comment?

Trackback URL http://jahitbajukurung.com/baju-kurung-moden-french-lace-manik-oriental/trackback