Baju Kurung Moden Bertingkat, berlapis dgn skirt labuh

Minikurung menampilkan baju kurung moden bertingkat berwarna merah jambu yang sangat sesuai di gayakan di majlis-majlis keramaian atau untuk dipakai ketika hari raya. Baju kurung moden ini menggunakan kain chiffon lembut dan menggunakan kain satin sebagai lining. Chiffon lembut dipilih untuk mendapatkan kesan ”flowy” yang lebih pada baju kurung moden ini.

baju kurung moden bertingkat

Perhatikan bahagian atas baju kurung moden ini yang dijahit secara bertingkat seolah-olah berlapis-lapis. Layer pada baju kurung ini menimbulkan kesan yang unik pada si pemakainya. Tambahan manik-manik disekitar bahagian layer pasti menampakkan lagi seri pada keunikan baju kurung moden berlapis ini. Juga di cadangkan untuk menambah manik-manik di sekitar leher ke bahagian dada baju dan juga kedua pergelangan tangan.

baju kurung moden berlapis

Perhatikan pada bahagian atas baju yang mempunyai dua jahitan menegak yang dipanggil lisu. Ini adalah sebagai suatu kaedah yang diimplemantasikan di dalam baju kurung moden berlapis ini untuk mendapatkan potongan mengikut tubuh si pemakai.

baju kurung moden flowy skirt

Bahagian bawah (kain) baju kurung moden ini mengaplikasikan ala-ala skirt labuh. Kain chiffon lembut merah jambu dengan pink satin lining di design dan di jahit seolah-olah menjadi skirt kembang yang flowy gitu.

baju kurung moden layer

Baju kurung moden bertingkat ini di jahit di butik mini kurung dan di tempah oleh salah seorang pelanggan kami. Tukang jahit berpengalaman kami di minikurung sedia untuk merealisasikan design baju fesyen anda. Jahitan dijamin berkualiti tinggi, kemas dan selesa dipakai dengan harga yang berpatutan. Sila hubungi minikurung untuk tempahan eksklusif anda yang seterusnya.

Artikel ini dipetik dari http://www.minikurung.com

There are no comments yet. Be the first and leave a response!

Leave a Reply


Wanting to leave an <em>phasis on your comment?

Trackback URL http://jahitbajukurung.com/baju-kurung-moden-bertingkat-berlapis-skirt-labuh/trackback