Salam pelanggan dan kawan-kawan minikurung yang dihormati,
Sangat berat nak bagitahu pasal hal ni. Officially, tempahan baju raya telah pon ditutup. Terpaksa tutup lebih awal. Buat masa ni minikurung tidak lagi menerima tempahan untuk hari raya. tapi utk lepas hari raya punya tempahan macam tempahan baju pengantin, baju kurung, kurung moden, pesak gantung, riau pahang, jubah moden, kebaya dll lepas raya boleh diterima. So sorry gals…
Sebabnya, kami komited untuk memastikan setiap baju yang ditempah di minikurung dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Sistem kuota kami juga memastikan baju yang ditempah di minikurung tidak overload untuk memastikan kualiti jahitan, kekemasan dan keselesaan pelanggan sentiasa dijaga.
Dan berita gembiranya, kami mungkin akan membuka tempahan (limited time only) sekiranya kuota dan kapasiti kami mengizinkan. pls check us regularly.
Maaf sekali lagi
dan terima kasih kerana menyokong minikurung.

artikel dipetik dari minikurung.com









